KESAN PERLAKSANAAN MODUL
KEKUATAN MODUL
Modul
yang kami jalankan adalah untuk menjadikan responden-responden seorang individu
yang sihat. Disamping itu, ia juga menjadikan
seseorang individu itu dengan lebih sihat dan cerdas untuk melaksanakan
kehidupan seharian. Oleh yang demikian tedapat beberapa kekuatan yang kami
dapat mengenal pasti dalam menjadikan seseorang individu itu lebih sihat
apabila mereka melaksanakan modul ini terhadap diri mereka:
i-
Mampu mengubah gaya hidup responden kepada yang lebih
baik.
ii-
Pelaksanaan modul ini adalah senang dilakukan lapisan
masyarakat tanpa kekangan yang besar dimana semua peringkat umur boleh
laksanakannya.
iii-
Melahirkan kesedaran terhadap masyarakat melayu tentang
pentingnya gaya hidup sihat dimana
lapisan masyarakat bukan melayu telah lama terapkan dalam gaya hidup seharian
mereka.
MASALAH YANG DIHADAPI SEPANJANG PEMBANGUNAN DAN PERLAKSANAAN MODUL
Masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan modul adalah kekangan masa dimana tidak dapat
memberi impak yang maksima terdahap responden yang melaksanakannya. Dimana masa
yang telah diberikan hanyalah 4 minggu merupakan masa yang diperuntukkan adalah
singkat berbanding masa yang sebenarnya yang diperlukan untuk pelaksanaan modul
adalah 3 bulan. Ini kerana pelaksanaan secara berperingkat akan menampakkan
hasil yang lebih maksimum.
Kebarangkalian dimana masalah yang
dihadapi dalam melaksanakan dari segi pemantauan terhadap responden dari aspek
pergerekan pelaksanaan modul. Terdapat kemungkinan responden tidak mengikut
prosedur yang telah ditetapkan oleh modul. Oleh yang demikian hasil yang
sepatutnya di jangkaan tidak mencapai tahap jangkaan modul tersebut.
Adakah modul mencapai objektif?
Dengan pelaksanan modul ini dengan menikut prosedur yang
telah deitetapkan dapat mencapai objektif yang kami inginkan. Oleh kerana
kebanyakan respoden telah mematuhi prosedur pelaksanaan modul ini maka
pelaksanaan modul ini telah mencapai objektif yang kami inginkan. Antara objektif yang telah dicapai adalah:
·
Untuk melahirkan masyarakat melayu yang sihat dan
produktif.
·
Bagi memastikan masyarakat sentiasa berdaya saing tanpa
halangan dari segi aspek kesihatan.
·
Untuk melahirkan kesedaran bagi generasi umat melayu kini
dan masa akan datang mengenai kepentingan aspek kesihatan.
RUANG PENAMBAHBAIKAN YANG BOLEH DILAKSANAKAN
Selepas perhatian yang teliti yang telah kami lakukan
terhadap modul ini, kami mengenal pasti beberapa perkara yang kami usulkan
sebagai penambahbaikan bagi modul agar pelaksanaan modul akan berjalan dengan
lebih baik:
·
Memerlukan responden ramai dan juga masa yang lebih
panjang untuk penampakan hasil yang
maksima dimana modul dapat dilaksanakan secara tersusun dan efektif
·
Mengaplikasi modul dengan cara yang lebih menarik bagi
mengalakkan penyertaan bagi pelbagai pihak daripada pelbagai lapisan masyarakat.
·
Perlunya mengadakan sidang penerangan yang lebih teliti
mengenai objektif modul kepada masyarakat secara menyeluruh sebelum pelaksanaan modul .
No comments:
Post a Comment