Kami telah
memilih tajuk modul “Gaya hidup sihat”. Tajuk ini dipilih di atas kesedaran
bahawa betapa pentingnya mengenai kesedaran bahawa gaya hidup sihat adalah
sangat penting dalam pengamalan kehidupan seharian. Gaya hidup sihat
melambangkan bahawa kita lebih peka dan lebih aktif dalam menjalankan kehidupan
seharian. Maka, tercetuslah idea untuk melaksanakan modul ini kerana untuk
melatih seseorang untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dengan ini sekaligus
menjadikan masyarakat melayu mampu survival dalam menghadapi cabaran dunia
luar. Ini adalah kerana kita mendapati bahawa kebanyakan orang yang mementing
gaya hidup sihat adalah dari kalangan orang bukan melayu. Oleh sebab itu
kebanyakan orang bukan melayu lebih aktif berbanding orang melayu sendiri.
Melalui
modul ini, para responden telah dapat mempraktiskan cara-cara hidup sihat.
Pertama, mereka akan lebih bersemangat dalam melakukan kerja. Para pelajar akan
lebih proaktif, produktif dan efiksyen dalam melakukan tugasan harian sebagai
seorang pelajar. Kedua, modul ini juga mampu membuatkan para pelajar lebih
berfikiran positif dan lebih cerdas. Dengan mengamalkan modul ini, para pelajar
akan lebih cerdas menyebabkan mereka mampu berfikir lebih positif.. Selain itu,
mereka juga sangat komited dalam melaksanakan modul ini. Tiada yang memberi
alasan yang tidak munasabah untuk melengah-lengahkan tugasan dan segala tugasan
yang diberi mereka dapat selesaikan dengan baik. Sebagai yang individu yang
sihat, mereka berfikiran optimistik dan bersiap sedia.
Modul ini
telah memberi banyak manfaat kepada para peserta. Modul ini telah melahirkan
pelajar yang lebih sihat dan cergas. Para peserta mempraktiskan budaya gaya
hidup yang sihat agar mereka tidak lemah dalam menjalankan kehidupan seharian.
Modul ini juga telah melahirkan pelajar yang sentiasa mempunyai sikap positif. Merekan
akan mempunyai sikap yang positif dan berkomunikasi dengan baik terhadap sesama
mereka. Para peserta juga bersikap bersungguh-sungguh menjalankan modul dalam
masa yang singkat. Oleh itu, dapat disimpulkan modul ini telah berjaya mencapai
objektif yang diingini.
Kesimpulannya,
untuk menjadi seseorang yang hidupnya mempunyai gaya hidup yang sihat, sikap
ini perlu dididik dari kecil. Pelbagai lagi cara boleh dilakukan untuk memastikan
kita mempunyai gaya hidup yang sihat. Oleh itu pengamalan modul ini adalah amat
digalakan demi menjamin mereka yang mengamalkannye akan mempunyai gaya hidup
yang sihat.