Friday, 29 May 2015

MODUL PENYELESAIAN UMAT RASULLAH

PEMBINAAN MODUL PENYELESAIAN

TAJUK ISU:
Gaya hidup sihat

Isu ini dipilh kerana kita sihat melambang salah satu syariat islam yang diperuntukkan oleh Islam. Selain daripada itu apabila seorang individu sihat mampu menyempurnakan tugasan yang telah diamanatkan oleh Allah S.W.T kepada hambanya sebagai seorang khalifah. Buktinya, perkara ini dapat dilihat oleh perwatakan Rasullah S.A.W. dalam kehidupan seharian beliau seperti setiap tingkah laku baginda mempunyai niat yang tersirat yang berpandukan ajaran islam. Nahtijahnya dengan pelaksanan hidup sihat dapat menjerumus umat melayu secara keseluruhannya umat islam mampu bersaing dengan lebih produktif dimana apabila kesihatan umat melayu terjaga maka survival mampu dimiliki oleh umat melayu khususnya di negara Malaysia.



Thursday, 28 May 2015

OBJEKTIF MODUL


·         Untuk melahirkan masyarakat melayu yang sihat dan              produktif.

·         Bagi memastikan masyarakat sentiasa berdaya saing              tanpa halangan dari segi aspek kesihatan.

·         Untuk melahirkan kesedaran bagi generasi umat                     melayu kini dan masa akan datang mengenai                         kepentingan aspek kesihatan.




Wednesday, 27 May 2015

PROSEDUR PELAKSANAAN MODUL

PROSEDUR
Selaku pengendali modul ‘Gaya Hidup Sihat’, kami mengaplikasi kan modul ini terhadap ahli kumpulan kami sendiri. Antara prosedur atau langkah langkah yang kami aturkan adalah seperti berikut ;

1) AKTIVITI FIZIKAL


Islam menggalakkan umatnya mengamalkan aktiviti latihan jasmani yang bersesuaian mengikut kemampuan diri masing masing. Ada kisah tentang Saidina Umar RA yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani. Katanya: “Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda”. Seruan ini jelas membuktikan Islam meletakkan kepentingan beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Pepatah Melayu juga ada menyebut bahawa, “Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.”

Permulaan modul ‘Gaya Hidup Sihat’ boleh dimulakan dengan melakukan aktiviti fizikal  yang boleh menbantu mencergaskan tubuh badan dan mencerdaskan minda.

BERSENAM

Pelaksanaan modul berlandaskan dengan aktiviti fizikal seperti bersenam. Maksud bersenam ialah menggerakkan tubuh badan dan otot otot untuk mengekalkan tahap kecergasan dan stamina individu tersebut supaya terus sihat dan cerdas. Purata senaman yang effektif adalah sekurang kurangnya 30 minit sehari dan 2-3 kali seminggu.
 

Antara aktiviti senaman yang dipraktikkan dalam modul ‘Gaya Hidup Sihat’

Menaiki tangga
·         Mempraktikan amalan mengunakan                     tangga dari menaiki lif
·         Meningkatkan daya tahan kardiovaskular
Jogging
·         Pada waktu pagi/petang
·         Sekurang kurangnya 1km satu larian
·         Memakai kasut yang bersesuaian
SOLAT
·         Solat 5 waktu sehari semalam
·         Melakukan solat sunat
PUASA
·         Puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis

Bersenam bukan sahaja digalakkan dalam persprektif kesihatan, tetapi Islam juga menggalakan umatnya untuk bersenam. Hal ini dapat dibuktikan melalui perwatakan Rasulullah seperti berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
Di samping itu bagi memastikan kesihatan badan terjaga maka seseorang muslim itu perlulah memastikan stamina dan tubuh badannya berada dalam keadaan yang baik. Stamina yang tinggi akan melahirkan kekuatan pada tubuh badan manusia.

SOLAT

Solat ialah perkara yang dituntut dalam rukun islam yang ke-2 dan solat wajib dilaksanakan oleh seluruh umat Islam. Solat bukan sahaja diketegorikan sebagai ibadah wajib tetapi ia merupakan salah satu bentuk senaman kepada tubuh badan. Solat dapat mengurangkan lemak dalam badan
tabiat rukuk yang sempurna dalam melambatkan proses penuaan dan melancarkan fungsi buah pinggang. Tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujud, duduk di antara dua sujud dan tahiyat akhir meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan dan merendahkan risiko penyakit jantung. Secara amnya ibadat solat dapat menghasilkan keadaan yang tenang pada otak manusia dan dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan. Solat yang khusyuk adalah solat yang sempurna yang melibatkan tumpuan penuh fizikal dan hati kepada Allah SWT.


PUASA

Maksud puasa ialah menahan diri daripada lapar dan dahaga. Terdapat banyak faedah dan kebaikan berpuasaPara penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya.

 



2.    PEMAKANAN
Amalan pemakanan merupakan amalan penting untuk membentuk tubuh badan dan sama sekali memberi implikasi pada sifat individu tersebut. Pemakan yang tidak baik (haram) menjadi faktor pendorong kepada keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang semakin meruncing di kalangan remaja pada hari ini. Ini kerana perlakuan atau tindak- tanduk seseorang itu ditentukan oleh kesucian hati. 

PIRAMID MAKANAN           
     ·         Mendisplinkan diri dengan                     pemakanan yang seimbang                 mengikut susun atur makanan.
     ·          Mengambil makanan mengikut             keperluan tubuh badan                         bukan kehendak nafsu
PEMAKANAN CARA  RASULULLAH
    ·         Memakan buah buahan
    ·         Minum air kosong dengan                      banyak

PYRAMID MAKANAN

Pyramid makanan merupakan panduan mengatur cara pemakanan yang seimbang atau diet mengikut susun atur makanan iaitu, pertama karbohaidrat, kedua buah buahan dan sayuran, ketiga protein, keempat gula dan lemak. Lagi tinggi tingkat makanan, lagi kurang harus kita pengambilannya.
·         Sarapan pagi – Mengambil sarapan dengan kuantiti yang banyak mengikut garis panduan makanan seperti pengambilan karbohaidrat yang lebih berbanding protein dan lemak.
·         Makan Tengah Hari – Mengambil makan tengah hari dengan kuantiti yang sederhana, hidangan yg lengkap seperti sepinggan nasi, seketul ayam/ikan, sayur sayuran dan buah buahan.
·         Makan malam – Mengambil makan malam dengan kuantiti yang sedikit kerana pada waktu, badan tidak memerlukan banyak tenaga.




PEMAKANAN CARA RASULULLAH

Minum air kosong dengan banyak sekurang kurang nya 2 liter sehari. Ini boleh dilakukan dengan membawa botol air yang besar ke kelas supaya sentiasa minum air dan menghasilkan badan yg segar tanpa hidrasi dan membekalkan oxygen yang cukup untuk otak. Amalan ini dapat dilihat dalam amalan Rasulullah S.A.W. Baginda mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) dengan banyak. Antara adab nya, dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang berbahaya kepada kesihatan.



3.    ROHANI

ZIKIR
    ·         Sentiasa mengamalkan zikir                    ketika masa lapang
MEMBACA ALQURAN    
     ·         Mengamalkan membaca alquran            selepas atau sebelum     solat
    ·         Memahami maksud dan tafsiran              Alquran

ZIKIR

Berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T seperti Subhanallah. Secara saintifiknya beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif ketika berzikirSelain itu zikir juga memberangsangkan otak dan mententeramkan jiwa. Zikir juga boleh mencuci hati yang kotor.
Antara masa lapang yang boleh diselitkan dengan zikir :
·         Ketika dalam perjalanan ke kelas
·         Ketika menaiki setiap anak tangga


MEMBACA ALQURAN

Mengamalakan pembacaan Al quran boleh menbuat hati pembaca menjadi tenang dan menbuat ingatan lebih kuat. Sesungguhnya alQuran akan memberi syafaat pada hari akhirat kelak kepada siapa yang mengamalkannya. Membaca Alquran sahaja tidak mencukupi tanpa memahami maksud nya kerana Alquran merupakan panduan hidup umat islam.
·         Membaca sehelai muka surat Alquran sebelum/selepas solat merupakan satu tindakan yang tidak memerlukan masa yang banyak. Solat fardhu sebanyak 5 kali sehari, jadi sehari 5 muka surat dapat dibaca.

·         Memahami maksud membolehkan individu tersebut menghayati ajaran Islam yang sebenar kerana Alquran merupakan panduan asas kepada umat islam. 



Tuesday, 26 May 2015

KESAN PERLAKSANAAN MODUL

KESAN PERLAKSANAAN MODUL 

KEKUATAN MODUL

Modul yang kami jalankan adalah untuk menjadikan responden-responden seorang individu yang sihat.  Disamping itu, ia juga menjadikan seseorang individu itu dengan lebih sihat dan cerdas untuk melaksanakan kehidupan seharian. Oleh yang demikian tedapat beberapa kekuatan yang kami dapat mengenal pasti dalam menjadikan seseorang individu itu lebih sihat apabila mereka melaksanakan modul ini terhadap diri mereka:

i-              Mampu mengubah gaya hidup responden kepada yang lebih baik.
ii-             Pelaksanaan modul ini adalah senang dilakukan lapisan masyarakat tanpa                             kekangan yang besar dimana semua peringkat umur boleh laksanakannya.
iii-            Melahirkan kesedaran terhadap masyarakat melayu tentang pentingnya  gaya hidup             sihat dimana lapisan masyarakat bukan melayu telah lama terapkan dalam gaya                   hidup seharian mereka.


MASALAH YANG DIHADAPI SEPANJANG PEMBANGUNAN DAN PERLAKSANAAN MODUL

Masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan modul  adalah kekangan masa dimana tidak dapat memberi impak yang maksima terdahap responden yang melaksanakannya. Dimana masa yang telah diberikan hanyalah 4 minggu merupakan masa yang diperuntukkan adalah singkat berbanding masa yang sebenarnya yang diperlukan untuk pelaksanaan modul adalah 3 bulan. Ini kerana pelaksanaan secara berperingkat akan menampakkan hasil yang lebih maksimum.

 Kebarangkalian dimana masalah yang dihadapi dalam melaksanakan dari segi pemantauan terhadap responden dari aspek pergerekan pelaksanaan modul. Terdapat kemungkinan responden tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh modul. Oleh yang demikian hasil yang sepatutnya di jangkaan tidak mencapai tahap jangkaan modul tersebut.

Adakah modul mencapai objektif?

Dengan pelaksanan modul ini dengan menikut prosedur yang telah deitetapkan dapat mencapai objektif yang kami inginkan. Oleh kerana kebanyakan respoden telah mematuhi prosedur pelaksanaan modul ini maka pelaksanaan modul ini telah mencapai objektif yang kami inginkan.  Antara objektif yang telah dicapai adalah:

·         Untuk melahirkan masyarakat melayu yang sihat dan produktif.

·         Bagi memastikan masyarakat sentiasa berdaya saing tanpa halangan dari segi aspek kesihatan.

·         Untuk melahirkan kesedaran bagi generasi umat melayu kini dan masa akan datang mengenai kepentingan aspek kesihatan.

RUANG PENAMBAHBAIKAN YANG BOLEH DILAKSANAKAN

Selepas perhatian yang teliti yang telah kami lakukan terhadap modul ini, kami mengenal pasti beberapa perkara yang kami usulkan sebagai penambahbaikan bagi modul agar pelaksanaan modul akan berjalan dengan lebih baik:

·         Memerlukan responden ramai dan juga masa yang lebih panjang  untuk penampakan hasil yang maksima dimana modul dapat dilaksanakan secara tersusun dan efektif

·         Mengaplikasi modul dengan cara yang lebih menarik bagi mengalakkan penyertaan bagi pelbagai pihak daripada  pelbagai lapisan masyarakat.


·         Perlunya mengadakan sidang penerangan yang lebih teliti mengenai objektif modul kepada masyarakat secara  menyeluruh sebelum pelaksanaan modul .

Monday, 25 May 2015

NILAI UTAMA MODUL

1.    Cerdas

Berada di dalam keadaan yang cerdas dan tidak lemah apabila melakukan aktiviti seharian.


2.    Kemahiran berfikir
Mampu berfikir secara lebih waras dari segi membuat keputusan yang lebih bagus.

3.    Produktif
Mampu melakukan sesuatu perkara dengan kadar yang lebih baik dan efektif. Selain itu mampu melakukan sesuatu melebihi batas sendiri.

4.    Kreatif dan kritis
Mampu melahirkan idea yang kritif dan kritis dimana mempamerkan kemahiran berfikir secara keseluruhan.

5.    Berkeyakinan
Responden bersifat keyakinan dalam mengendalikan acara ini walaupun harus berdepan dengan pelbagai masalah seharian dan yakin mengendalikan sesuatu perkara..

6.    Optimistik
Responden berfikiran dan bersikap optimistik walaupun harus berdepan dengan pelbagai halangam, rintangan dan cabaran.

7.    Pandai Menguruskan masa
Responden pandai menguruskan masa walaupun dengan rintangan seharian sering memberikan kesusahan kepada manusia.

8.    Pengaruh positif
Memberikan impak positif dan baik terhadap diri sendiri dan masyarakat sekeliling.

9.    Berfikiran postif


Sentiasa berfikir secara positif tanpa mengukur kepada perkara negatif terhadap sifat-sifat negatif terdapat pada seseorang manusia itu.

Sunday, 24 May 2015

KEKUATAN DIRI KAMI SELEPAS PERLAKSANAAN MODUL

Selepas perlakanaan modul tersebut, kami menjadi lebih sihat, cergas dan cerdas. Malahan, kami berubah menjadi seorang yang lebih produktif dan efektif dalam perkara- perkara seharian dimana yang sering dihindari dengan masalah dan tekanan sekeliling. Sebagai contoh, sekiranya tugasan yang diberikan memerlukan kerjasama berkumpulan, kami akan cuba untuk melaksanakan tugasan dengan lebih awal agar ahli kumpulan yang lain dapat melakukan tugasan seterusnya dengan baik.

Selain itu, selepas perlaksanaan modul tersebut, cara penggunaan masa kami lebih efektif. Sebagai contoh, kami menetapkan tarikh akhir untuk setiap tugasan yang diberikan bagi memudahkan kami untuk diasingkan mengikut kepentingan tugasan tersebut. Dengan cara itu, kami akan lebih berhati-hati dan sedaya upaya untuk menyelasaikan tugasan kami dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Selepas perlaksanaan modul ini juga, kami mendapati diri kami lebih bresifat positif dalam melakukan pelbagai pekara. Kami lebih bersikap terbuka dalam pelbagai keadaan dan tidak bersikap atau berfikiran negatif. Ini menjadikan diri kami lebih baik dalam menghadapi pelbagai cabaran lebih lebih lagi untuk menjadi lebih survival dalam menghadapi cabaran sebagai masyarakat islam melayu secara khusus.



Selain daripada itu, banyak manfaat yang diperolehi daripada pelaksanaan modul ini. Anatara manfaat yang besar ialah kami lebih menyedari bahawa betapa besar kesan nye dan betapa penting nye dalam mengamalkan gaya hidup sihat agar menjadikan diri kami lebih aktif dalam mengharungi cabaran.

Saturday, 23 May 2015

RESPON INDIVIDU YANG MELAKSANAKAN MODUL


Berikut adalah video respon dari sudut maklum balas individu tersebut untuk dirinya dan cadangan individu untuk menambah keberkesanan modul.

Responden 1


Responden 2







Friday, 22 May 2015

KESAN PELAKSANAAN MODUL PADA DIRI KAMI

Sepanjang perlaksanaan modul tersebut, kami telah berjaya mengenal pasti beberapa perkara penting bagi mengamalkan gaya hidup sihat, Diantaranya ialah Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur.

 Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu, amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya. Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol.


Seterusnya, gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda. Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolism juga dapat dijalankan dengan lancer. Berikutan dengan itu, gaya hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif mampu memberi jalan penyelesaian bagi kemelut–kemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang berlebihan. Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembuangan bayi, vandalisme dan sebagainya

Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraanya. Dengan mengutamakan kebersihan , maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar. Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang.