PROSEDUR
Selaku
pengendali modul ‘Gaya Hidup Sihat’, kami mengaplikasi kan modul ini terhadap ahli
kumpulan kami sendiri. Antara prosedur atau langkah langkah yang kami aturkan
adalah seperti berikut ;
1) AKTIVITI FIZIKAL
Islam menggalakkan
umatnya mengamalkan aktiviti latihan jasmani yang bersesuaian mengikut
kemampuan diri masing masing. Ada kisah tentang Saidina Umar RA yang
menggalakkan bersukan dan latihan jasmani. Katanya: “Ajarlah anak kamu
berenang, memanah dan menunggang kuda”. Seruan ini jelas membuktikan Islam
meletakkan kepentingan beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka
sihat dan cergas. Pepatah Melayu juga ada menyebut bahawa, “Minda yang cerdas
bermula dari badan yang sihat.”
Permulaan modul ‘Gaya
Hidup Sihat’ boleh dimulakan dengan melakukan aktiviti fizikal yang boleh menbantu mencergaskan tubuh badan
dan mencerdaskan minda.
BERSENAM
Pelaksanaan modul berlandaskan dengan
aktiviti fizikal seperti bersenam. Maksud bersenam ialah menggerakkan tubuh
badan dan otot otot untuk mengekalkan tahap kecergasan dan stamina individu
tersebut supaya terus sihat dan cerdas. Purata senaman yang effektif adalah
sekurang kurangnya 30 minit sehari dan 2-3 kali seminggu.
Antara aktiviti senaman yang
dipraktikkan dalam modul ‘Gaya Hidup Sihat’
Menaiki tangga
|
·
Mempraktikan amalan mengunakan tangga dari menaiki lif
·
Meningkatkan daya tahan kardiovaskular
|
Jogging
|
·
Pada waktu pagi/petang
·
Sekurang kurangnya 1km satu larian
·
Memakai kasut yang bersesuaian
|
SOLAT
|
·
Solat 5 waktu sehari semalam
·
Melakukan solat sunat
|
PUASA
|
·
Puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis
|
Bersenam
bukan sahaja digalakkan dalam persprektif kesihatan, tetapi Islam juga
menggalakan umatnya untuk bersenam. Hal ini dapat dibuktikan melalui perwatakan
Rasulullah seperti berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi
rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan
peredaran darah berjalan lancar.
Ini
penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih
selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak
betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
Di samping itu bagi memastikan kesihatan badan terjaga maka
seseorang muslim itu perlulah memastikan stamina dan tubuh badannya berada
dalam keadaan yang baik. Stamina yang tinggi akan melahirkan kekuatan pada
tubuh badan manusia.
SOLAT
Solat
ialah perkara yang dituntut dalam rukun islam yang ke-2 dan solat wajib
dilaksanakan oleh seluruh umat Islam. Solat bukan sahaja diketegorikan sebagai
ibadah wajib tetapi ia merupakan salah satu bentuk senaman kepada tubuh badan. Solat dapat mengurangkan lemak dalam badan
tabiat rukuk yang sempurna
dalam melambatkan proses penuaan dan melancarkan fungsi buah pinggang. Tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujud,
duduk di antara dua sujud dan tahiyat akhir meningkatkan kadar pembakaran lemak
dalam badan dan merendahkan risiko penyakit jantung. Secara amnya ibadat solat dapat menghasilkan keadaan yang tenang
pada otak manusia dan dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan. Solat yang khusyuk adalah solat yang sempurna yang
melibatkan tumpuan penuh fizikal dan hati kepada Allah SWT.
PUASA
Maksud puasa ialah menahan diri daripada lapar dan
dahaga. Terdapat banyak faedah dan kebaikan berpuasaPara penyelidik ilmu
perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun dari
badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam
melawan penyakit. Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana
perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat
sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat
kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya.
2. PEMAKANAN
Amalan
pemakanan merupakan amalan penting untuk membentuk tubuh badan dan sama sekali
memberi implikasi pada sifat individu tersebut. Pemakan yang tidak baik (haram)
menjadi faktor pendorong kepada keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang
semakin meruncing di kalangan remaja pada hari ini. Ini kerana perlakuan atau
tindak- tanduk seseorang itu ditentukan oleh kesucian hati.
PIRAMID MAKANAN
|
·
Mendisplinkan diri dengan pemakanan yang seimbang mengikut susun atur makanan.
·
Mengambil makanan mengikut keperluan tubuh badan bukan kehendak nafsu
|
PEMAKANAN CARA RASULULLAH
|
·
Memakan buah buahan
·
Minum air kosong dengan banyak
|
PYRAMID MAKANAN
Pyramid makanan merupakan panduan
mengatur cara pemakanan yang seimbang atau diet mengikut susun atur makanan
iaitu, pertama karbohaidrat, kedua buah buahan dan sayuran, ketiga protein,
keempat gula dan lemak. Lagi tinggi tingkat makanan, lagi kurang harus kita
pengambilannya.
·
Sarapan pagi – Mengambil sarapan
dengan kuantiti yang banyak mengikut garis panduan makanan seperti pengambilan
karbohaidrat yang lebih berbanding protein dan lemak.
·
Makan Tengah Hari – Mengambil makan
tengah hari dengan kuantiti yang sederhana, hidangan yg lengkap seperti
sepinggan nasi, seketul ayam/ikan, sayur sayuran dan buah buahan.
·
Makan malam – Mengambil makan malam
dengan kuantiti yang sedikit kerana pada waktu, badan tidak memerlukan banyak
tenaga.
PEMAKANAN CARA RASULULLAH
Minum air kosong dengan banyak
sekurang kurang nya 2 liter sehari. Ini boleh dilakukan dengan membawa botol
air yang besar ke kelas supaya sentiasa minum air dan menghasilkan badan yg
segar tanpa hidrasi dan membekalkan oxygen yang cukup untuk otak. Amalan ini
dapat dilihat dalam amalan Rasulullah S.A.W. Baginda mengamalkan minum air
sejuk (bukan ais) dengan banyak. Antara adab nya, dengan meneguk
perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang
bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang
sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang
berbahaya kepada kesihatan.
3. ROHANI
ZIKIR
|
·
Sentiasa mengamalkan
zikir ketika masa lapang
|
MEMBACA ALQURAN
|
·
Mengamalkan membaca
alquran selepas atau sebelum solat
·
Memahami maksud dan
tafsiran Alquran
|
ZIKIR
Berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah
Allah S.W.T seperti Subhanallah. Secara saintifiknya beberapa kawasan otak yang
terlibat menjadi aktif ketika berzikirSelain itu zikir juga memberangsangkan
otak dan mententeramkan jiwa. Zikir juga boleh mencuci hati yang kotor.
Antara
masa lapang yang boleh diselitkan dengan zikir :
·
Ketika
dalam perjalanan ke kelas
·
Ketika
menaiki setiap anak tangga
MEMBACA ALQURAN
Mengamalakan
pembacaan Al quran boleh menbuat hati pembaca menjadi tenang dan menbuat
ingatan lebih kuat. Sesungguhnya alQuran akan memberi syafaat pada hari akhirat
kelak kepada siapa yang mengamalkannya. Membaca Alquran sahaja tidak mencukupi
tanpa memahami maksud nya kerana Alquran merupakan panduan hidup umat islam.
·
Membaca
sehelai muka surat Alquran sebelum/selepas solat merupakan satu tindakan yang
tidak memerlukan masa yang banyak. Solat fardhu sebanyak 5 kali sehari, jadi
sehari 5 muka surat dapat dibaca.
·
Memahami
maksud membolehkan individu tersebut menghayati ajaran Islam yang sebenar
kerana Alquran merupakan panduan asas kepada umat islam.